Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi (kita guna tpg jagung)
1 sudu kecil kapur
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.
Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.
Cara kita buat caramel ni....masakkan gula dengan sedikit air dr secawan tu....airnya lebih kurang dpt cover gula gitu....bila gula dah bertukar keemasan tambahkan sikit-sikit
baki air. Padamkan api. Letupan kecil tu biasa la....kemudian tambah mentega dan kacau hingga cair.
Cara-caranya:
1- Pukul telor menggunakan whisk sampai pekat dan kembang.
2- Masukkan susu pekat kacau sebati.
3- Masukkan tepung yg dah diayak bersama soda.
4- Tuangkan esen vanila.
5- Akhir sekali masukkan gula hangus yg dah sejuk. Kacau rata.
6- Tutup adunan dan biarkan 2 jam.
7- Bakar pada suhu 160 api bawah sahaja selama 50 minit. 10 minit lagi api atas bawah
DONUT - dari buku The Joy Of Baking (Bake With Yen (KL) Sdn Bhd
1- Dalam satu bekas, masukkan gula, garam, yis, telor dan air. Kacau sebati.
2- Ayak tepung, baking powder dan susu. Ulikan bersama bancuhan mula-mula tadi.
3- Tambahkan shortening, dan uli lagi selama 10 minit.
4- Rehatkan doh selama 15 minit sebelum di bentuk.
5- Rehatkan lagi 1 1/2 hingga 2 jam sebelum digoreng dgn api perlahan.
Kedua-dua kek dan kuih ni pertama kali buat. Resepi kek gula hangus kita dapat masa gi kedai bakery di Bentong. Ada banyak resepi kek ni, tapi kita berani cuba yg ni saje..lebih mudah
Donut ni comel-comel je sebab acuannya kecil. Agak rangup diluar tp dalamnya lembut.
Donut yg disegerakan utk kak long menjamu tetamunya. Untuk segera ni goreng sekejap aje.